
Perintah reman hingga Selasa itu dikeluarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman, selepas membenarkan permohonan polis di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, wanita 49 tahun yang dipercayai mempunyai penyakit mental itu direman empat hari sejak Khamis lalu, selepas ditahan di lokasi nahas di Jalan Pantai dekat universiti berkenaan pada Rabu.
Dalam kejadian 7.35 malam Rabu lalu, wanita terbabit memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh dua motosikal dinaiki empat pelajar yang dalam perjalanan pulang ke kampus.
Tiga yang maut ialah dua penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan.
Mangsa cedera ialah penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Muhammad Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, yang sedang dirawat di Hospital Dungun dan dilaporkan semakin pulih.