4 gudang terbakar di Johor, 2 pekerja Bangladesh parah disahkan maut

4 gudang terbakar di Johor, 2 pekerja Bangladesh parah disahkan maut

Polis berkata, kedua-dua mangsa dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan terbakar yang teruk.

Ketua Polis Iskandar Puteri, M Kumarasan berkata seorang lagi mangsa parah masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Dua daripada tiga pekerja Bangladesh yang parah dalam kebakaran empat gudang di Kawasan Perindustrian SILC di Iskandar Puteri khamis lalu disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Iskandar Puteri, M Kumarasan berkata seorang mangsa meninggal dunia pada 10 malam Jumaat, manakala seorang lagi meninggal dunia 2.15 pagi semalam.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan terbakar yang teruk.

“Seorang lagi yang parah masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah,” katanya menurut Harian Metro.

Khamis lalu, tiga daripada gudang itu terbakar 80%, manakala sebuah lagi gudang mengalami kerosakan 10%.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.