Produk kosmetik Thailand lebih RM90,000 dirampas

Produk kosmetik Thailand lebih RM90,000 dirampas

Rampasan dilakukan polis pada 5.30 petang semalam ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan di Pasir Mas.

Barangan kosmetik itu dirampas untuk tindakan selanjutnya bawah Seksyen 7(1)(E) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. (Gambar Rawpixel)
KOTA BHARU:
Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik dianggarkan bernilai RM94,500 di pangkalan haram Jitong, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 (PGA8) pada 5.30 petang ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Beliau berkata, ketika rondaan anggota bertugas ternampak pintu sebuah stor dalam keadaan terbuka berdekatan pangkalan haram berkenaan.

Susulan itu, anggota membuat pemeriksaan dan menemukan beberapa kotak berisi produk kosmetik dipercayai diseludup dari Thailand di dalam stor berkenaan.

“Ketika pemeriksaan tiada sesiapa di kawasan stor dan dipercayai semua produk itu adalah untuk pasaran tempatan, manakala semua barangan kosmetik itu kemudian diserahkan ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya bawah Seksyen 7(1)(E) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara dan tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.