1 maut, 2 selamat bangunan runtuh di Melaka

1 maut, 2 selamat bangunan runtuh di Melaka

Lelaki Bangladesh ditemukan maut dalam keadaan tersepit di celah runtuhan tiang konkrit.

Bangunan dalam pembinaan di Melaka runtuh menyebabkan seorang pekerja Bangladesh maut. (Gambar Bernama)
MELAKA:
Seorang pekerja warga asing maut manakala dua lagi selamat dalam insiden bangunan runtuh di Jalan Bukit Senjuang, petang semalam.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata dalam insiden 6 petang, lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Jidan, 22, ditemukan maut dalam keadaan tersepit di celah runtuhan tiang konkrit.

“Mangsa ditemukan di celah runtuhan pada 9.55 malam namun hanya berjaya dikeluarkan dari runtuhan pada 12.16 tengah malam tadi.

“Mangsa yang selamat, Zubair Ahmed, 32, dan Abbas Ghulam, 49, kedua-duanya warga Pakistan, mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh termasuk leher, bahu dan kepala. Mereka masing-masing dikeluarkan dari runtuhan pada 6.40 petang dan 8.45 malam ini.

“Kedua-dua mangsa kini menerima rawatan di Hospital Melaka,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, R Saiful Iswandy R Hassan, berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden pada 6.18 petang dan seramai 81 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu serta Melaka Tengah termasuk Pasukan Khas Taktikal Operasi Menyelamat (35 orang) tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari runtuhan yang melibatkan struktur bangunan satu tingkat berukuran 18.3 meter x 24.4 meter persegi yang masih dalam pembinaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.