Polis musnah bom lama di Tampin

Polis musnah bom lama di Tampin

Bom lama itu sejenis mortar 60mm, menurut polis.

Polis memusnahkan sebutir bom lama yang ditemui di sebuah kilang pagi tadi, tanpa sebarang kecederaan dan kerosakan harta.
SEREMBAN:
Sebutir bom lama ditemui di sebuah kilang di Gemas, Tampin dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) polis.

Ketua Polis Tampin, Amiruddien Sariman, berkata pihaknya menerima laporan pada 8.09 pagi tadi mengenai penemuan objek menyerupai bom di kilang berkenaan.

Bertindak atas maklumat itu, pasukan dari IPD Tampin mendapati ada objek berkenaan lalu memasang tali rintangan sebagai kawasan larangan dan bahaya sebelum memaklumkan kepada IPK Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati UXO (unexploded ordnance) adalah jenis mortar 60mm dan panjangnya berukuran 35cm.

“Tindakan pemusnahan dilakukan kira-kira 11.45 pagi tadi oleh UPB dan IPD Tampin. Tempat kejadian itu merupakan bahagian proses pengasingan kayu,” katanya dalam kenyataan.

Kerja memusnahkan bom itu dilakukan tanpa sebarang kecederaan, kerosakan harta benda mahu pun kehilangan nyawa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.