
Wanita 23 tahun itu ditahan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu yang melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan pada 6 petang.
Komander Briged Tenggara PGA, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata hasil pemeriksaan ke atas Perodua Myvi dipandu suspek membawa kepada rampasan 140kg gula pasir.
Menurutnya, suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup gula pasir terbabit ke negara jiran.
“Anggaran nilai rampasan kenderaan RM15,000, manakala gula pasir bernilai RM410,” katanya menurut Sinar Harian sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Beliau berkata, PGA akan terus mempergiatkan usaha mengekang kegiatan penyeludupan berleluasa di sempadan negara.