
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya mengesan gambar itu di sebuah hantaran di aplikasi X oleh seorang pengguna dengan nama akaun ‘Dr Maslinda Si Derhaka’, kira-kira 8 pagi hari ini.
Menurutnya, gambar ditularkan itu memaparkan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Petaling Jaya.
“Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya tidak sesekali berkompromi terhadap isu melibatkan pelanggaran undang-undang dan disiplin.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap insiden itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Larangan merokok di kawasan awam membabitkan semua tempat makan di seluruh negara telah dilaksanakan sejak Januari 2019.