Tipu pelaburan bitcoin, lelaki disyaki keldai akaun ditahan

Tipu pelaburan bitcoin, lelaki disyaki keldai akaun ditahan

Suspek berusia 36 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM129,970.

handcuff
Penahanan suspek susulan laporan mangsa di Bayan Baru yang mendakwa ditipu selepas dijanjikan keuntungan 200% setahun, kata Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal.
BALIK PULAU:
Seorang lelaki yang dipercayai terlibat sebagai keldai akaun dalam sindiket penipuan pelaburan Bitcoin secara dalam talian ditahan polis semalam.

Ketua Polis Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal, berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Barat Daya untuk membantu siasatan berhubung kes penipuan yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM129,970.

Katanya, penahanan suspek adalah berikutan laporan seorang mangsa lelaki berusia 44 tahun di Bayan Baru, yang mendakwa ditipu sindiket pelaburan Bitcoin dengan janji keuntungan 200% setahun tetapi tidak menerima pulangan.

“Mangsa telah melakukan beberapa transaksi secara dalam talian ke pelbagai akaun bank, termasuk akaun milik lelaki yang ditahan itu, sejak 11 Julai hingga 10 Ogos dengan jumlah keseluruhan mencapai RM129,970,” katanya ketika dihubungi Bernama pagi ini.

Beliau berkata lelaki tersebut kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.