Maki hamun polis, pemandu lori didenda RM100

Maki hamun polis, pemandu lori didenda RM100

Tertuduh diarah memberhentikan kenderaannya di tepi jalan kerana melanggar lampu isyarat merah, tetapi dia bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata hinaan selepas disaman.

Mahkamah Majistret Bukit Mertajam turut memerintahkan S Hari Ram, 37, dipenjara tiga bulan, jika gagal gagal membayar denda itu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Mahkamah Majistret Bukit Mertajam menjatuhkan hukuman denda RM100 kepada seorang pemandu lori yang mengaku bersalah atas pertuduhan memaki hamun seorang anggota polis dengan kata-kata kesat Ahad lalu.

Harian Metro melaporkan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan turut memerintahkan S Hari Ram, 37, dipenjara tiga bulan, jika gagal gagal membayar denda itu.

Lelaki itu didakwa memaki hamun seorang anggota polis dengan sengaja berkata-kata kesat di tepi jalan bersebelahan perumahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Baru, Perai pada 4.20 petang 6 Okt lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh diarah anggota polis itu memberhentikan kenderaannya di tepi jalan kerana didapati melanggar lampu isyarat merah, tetapi tertuduh bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata hinaan serta provokasi selepas disaman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.