
PETALING JAYA: Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 2,505 orang daripada 907 keluarga di lima daerah setakat 8 pagi ini berbanding 1,419 orang daripada 447 keluarga pada 8 malam tadi.
Harian Metro melaporkan tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di Kedah, menjadikan keseluruhan 21 PPS di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Baling, Pendang dan Pokok Sena.
Laman Info Public Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan lapan sungai terus mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya setakat 8 pagi tadi.
Semua sungai itu terletak di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang dan Kota Setar.