Trek diceroboh, khidmat LRT Kelana Jaya pulih susulan gangguan

Trek diceroboh, khidmat LRT Kelana Jaya pulih susulan gangguan

Rapid KL memaklumkan, perkhidmatan kereta api itu dipulihkan setelah penceroboh tidak dapat dikesan.

lrt
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya antara Stesen Masjid Jamek dan Bangsar terganggu pada waktu puncak petang tadi disebabkan pencerobohan trek.
PETALING JAYA:
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang mengalami gangguan pada waktu puncak petang tadi telah kembali pulih.

Rapid KL memaklumkan, perkhidmatan kereta api tu mengalami gangguan antara Stesen Masjid Jamek dan Bangsar disebabkan pencerobohan trek.

Bagaimanapun, setelah penceroboh itu tidak dapat dikesan, perkhidmatan tren akan dipulihkan, katanya.

“Kekerapan tren sedang diselaraskan dan jadual perjalanan akan kembali normal sebentar lagi,” kata Rapid KL di Facebook.

Terdahulu, Rapid KL memaklumkan, pemeriksaan trek sedang dijalankan oleh kakitangan bagi mengesan penceroboh, menyebabkan gangguan perkhidmatan.

Menurut pengguna, yang menzahirkan rasa tidak puas hati di ruangan komen Facebook Rapid KL, gangguan tersebut menyebabkan mereka terkandas antara 30 minit sehingga sejam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.