Malaysia takkan ambil mudah cabaran serantau, global, kata PM

Malaysia takkan ambil mudah cabaran serantau, global, kata PM

Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan tidak akan ambil mudah atau berpuas hati dengan pencapaiannya.

Anwar Ibrahim menekankan kepentingan negara memberi tindak balas perlu berciri holistik dan diselaras, serta mengutamakan kesejahteraan Malaysia bagi jangka panjang.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan tidak akan ambil mudah atau berpuas hati dengan pencapaiannya, sebaliknya akan terus berwaspada dalam menghadapi cabaran serantau dan global.

Ketika menegaskan perkara itu, Anwar yang juga menteri kewangan berkata, ini penting walaupun usaha pembaharuan struktur negara membuahkan hasil sebagaimana dibuktikan prestasi ringgit mengukuh, lonjakan pelaburan serta trajektori pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terbabit dalam pencapaian diraih negara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti pelaburan kita, baik asing dan domestik atas kepercayaan serta keyakinan mereka terhadap ekonomi Malaysia, selain tadbir urus, kedaulatan undang-undang dan kestabilan politik kita,” katanya berucap pada majlis perasmian Forum Megatrend Khazanah 2024 di sini.

Pada masa sama, Anwar turut mengulangi komitmen kerajaan memastikan Malaysia terus berkembang maju dalam persekitaran global.

Beliau turut menekankan kepentingan negara memberi tindak balas perlu berciri holistik dan diselaras, serta mengutamakan kesejahteraan Malaysia bagi jangka panjang.

“Rangka kerja ekonomi Madani yang saya perkenalkan tahun lepas jelas menggariskan bagaimana Malaysia dapat bersiap sedia untuk berdepan ekonomi global semakin dinamik dan rumit.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.