
Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties, Khairul Azizi Ismail, berkata ia direka untuk menyediakan pelanggan dengan ganjaran eksklusif, keistimewaan tambahan, dan pengalaman lancar merentasi gaya hidup, hartanah, dan pengurusan ganjaran.
Katanya, ia juga memanfaatkan data besar untuk sasaran pengguna, pembangunan produk dan promosi silang.
“Aplikasi ini menawarkan pelbagai ciri, termasuk pengurusan mata ganjaran, dompet ganjaran, ganjaran membeli-belah, ganjaran penginapan hotel, dan maklumat terkini berkaitan kemajuan projek, pameran hartanah dan acara anjuran Boustead Properties.
“Kami memperkenalkan pencapaian digital yang menandakan lembaran baharu dalam inovasi dan penglibatan pelanggan iaitu aplikasi super Mutiara X,” katanya dalam kenyataan.
Bersempena pelancaran Mutiara X baru-baru ini, Boustead Properties turut meraikan ulang tahun ke-20 bagi kedua-dua Royale Chulan Hotels & Resorts dan pusat membeli-belah The Curve.
Selebriti Amber Chia, Izzue Islam dan Fikry Ibrahim turut hadir bagi mempromosikan aplikasi berkenaan.
Sementara itu, Khairul Azizi berkata pihaknya menyasarkan untuk menarik sekurang-kurangnya 5,000 pengguna Mutiara X menjelang awal tahun 2025, sekali gus mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran digital.
Katanya, aplikasi itu merupakan komponen utama dalam strategi Mutiara Spaces untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang lancar, bersepadu dan moden.
“Kita yakin Mutiara X akan meningkatkan kepuasan pelanggan dan memupuk kesetiaan jenama yang lebih tinggi.
“Untuk meraikan acara istimewa ini, pelanggan boleh menikmati tawaran percutian eksklusif di Royale Chulan Hotels & Resorts dengan menggunakan kod promosi MROYALE semasa membuat tempahan melalui Mutiara X dengan kadar bermula dari RM210+.
“Pelanggan juga boleh memanfaatkan tawaran membeli-belah istimewa di the Curve yang tersedia secara eksklusif melalui aplikasi tersebut,” katanya.