
Menyifatkannya sebagai kenyataan ‘bodoh sombong’, Saifuddin Syafi Muhammad berkata, pelaburan yang dicatat negeri itu sebaliknya menunjukkan peningkatan sebanyak 66.8% kepada RM12.4 bilion berbanding RM 7.44 bilion pada suku tahun sebelumnya.
Nilai pelaburan itu, katanya, turut menawarkan lebih 8,000 peluang kerja meliputi 363 projek yang sebahagiannya diisi oleh mereka yang berhijrah dari negeri yang ditadbir PAS.
“Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri meningkat kepada 25.9% pada 2023, bertambah lebih baik daripada 25.5% pada tahun sebelumnya.
“Jadi dakwaan bahawa pelabur kurang berminat terhadap Selangor juga adalah tidak tepat dan bersifat naif,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, perkara ini menunjukkan Amirudin, dibantu exco dan pelbagai jabatan serta agensi, sentiasa memberikan komitmen penuh dengan memastikan kesiapsiagaan jentera kerajaan menjelang musim peralihan Monsun Timur Laut.
Terdahulu, Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar mendakwa kerajaan Selangor masih gagal menguruskan masalah banjir yang berulang kali melanda walaupun mendapat peruntukan yang tinggi.
Katanya, kegagalan itu menyebabkan Selangor tidak lagi digemari pelabur yang turut terbukti dari kedudukan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang semakin menurun.