
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Alwi Zainal Abidin berkata warga tempatan berusia 26 dan 41 tahun itu ialah pekerja serta pemilik kedai.
Menurutnya, seorang lelaki tempatan membuat laporan semalam mendakwa melihat beberapa alas kaki menyerupai corak Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai.
“Lelaki berkenaan kemudian membeli alas kaki berkenaan sebelum membuat laporan polis,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, permohonan reman akan dibuat hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.
Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengganggu siasatan polis.