12 penyamun pecah masuk banglo 3 tingkat, lelaki cedera ditetak parang

12 penyamun pecah masuk banglo 3 tingkat, lelaki cedera ditetak parang

Polis berkata, kumpulan penyamun itu turut melarikan wang tunai, patung sembahan serta barang kemas dianggarkan berjumlah RM600,000.

Tangkap layar video tular sekumpulan individu menyamun sebuah banglo tiga tingkat di Jalan Jagong, Pandamaran, Klang semalam.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki cedera ditetak parang, manakala keluarganya kerugian RM600,000 selepas 12 penyamun memecah masuk rumah mereka di Jalan Jagong, Pandamaran, Klang semalam.

Ketua Polis Klang Selatan, Cha Hoong Fong, berkata semua suspek dipercayai warga tempatan itu tiba di depan rumah mangsa dengan dua kereta, sebelum memanjat tembok dan memecahkan jeriji pintu utama kira-kira 5 pagi.

Menurutnya, semua suspek bertopeng kemudian mengikat mangsa, sebelum menggeledah banglo tiga tingkat itu dan melarikan wang tunai, patung sembahan serta barang kemas dianggarkan berjumlah RM600,000.

“Semasa kejadian, seorang penghuni berjaya menghubungi polis sekitar 6.16 pagi dan anggota peronda yang tiba di lokasi mengesahkan kejadian samun berkawan menggunakan parang,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, seorang penghuni rumah berusia 37 tahun cedera di bahu kiri akibat ditetak parang.

Katanya, polis giat memburu suspek dan memohon kerjasama orang ramai tampil memberikan maklumat di balai polis berhampiran atau menghubungi 03-33762222 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.