Belum ada arahan tutup premis GISBH, kata datuk bandar KL

Belum ada arahan tutup premis GISBH, kata datuk bandar KL

Maimunah Mohd Sharif berkata kes itu masih di bawah siasatan polis.

gisb
Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Mohd Sharif berkata DBKL akan bekerjasama jika mendapat arahan atau keputusan menutup premis GISBH. (Gambar EPA Images)
PETALING JAYA:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum menerima arahan menutup premis Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di ibu negara, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Mohd Sharif.

“Kita belum mendapat apa-apa arahan, setakat ini di bawah siasatan polis.

“Kalau kita mendapat arahan atau keputusan di peringkat atasan, kita akan bekerjasama,” katanya menurut Harian Metro selepas Sambutan Hari Penguat Kuasa ke-55 di Menara Jabatan Penguat Kuasa DBKL.

Sabtu lalu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dilaporkan berkata kerajaan negeri mengarahkan semua premis dan aset GISBH di negeri itu ditutup serta dirampas serta-merta.

Katanya beliau sendiri akan mengumumkan jumlah premis, termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISBH di negeri itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.