
Pengerusi PTPTN Norliza Abdul Rahim berkata pihaknya optimis sasaran itu dapat dicapai menerusi program itu yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Tabungan Sedunia disambut 31 Okt setiap tahun.
Menurutnya, PTPTN yang usianya genap dua dekad tahun ini telah mengharungi pelbagai cabaran untuk memastikan Simpan SSPN terus kekal relevan sebagai produk simpanan terbaik dan berdaya saing.
“Pencapaian deposit Simpan SSPN sentiasa menunjukkan peningkatan membanggakan, Sehingga 31 Ogos 2024, jumlah deposit diterima sebanyak RM18.85 bilion membabitkan 6.54 juta akaun.
“Berdasarkan prestasi kutipan deposit dalam tempoh enam tahun penganjuran BMS, saya optimis tahun ini akan mencatatkan kutipan deposit Simpan SSPN yang luar biasa.
“Pada BMS kali ini, PTPTN menyasarkan jumlah deposit Simpan SSPN sebanyak RM220 juta,” katanya yang yakin sasaran itu dapat dicapai dengan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan BMS 2024 di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur pada 28 Sept lalu. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul
Majid.
Program dianjurkan sejak 2014 itu bertemakan fantasi bersempena Hari Impian Sedunia dan mengekalkan tagline Jom Jadi Superhero Anak Anda yang mengangkat idea serta kreativiti untuk merangsang daya imaginasi kanak-kanak.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk disertai oleh ibu bapa dan anak-anak antaranya Pertandingan Mewarna Simpan SSPN, Pertandingan Action Song Simpan SSPN dan PTPTN e-Sport Challenge (Mobile Legends: Bang Bang).
Simpan SSPN Got Talent, Jenga Family Competion Simpan SSPN, Baby Merangkak Race, Kuiz Kahoot! Simpan SSPN, penampilan khas Didi & Friends dan P&T.
Orang ramai yang berkunjung ke kaunter PTPTN turut berpeluang untuk mendapatkan tabung edisi khas BMS dan cenderahati eksklusif yang menarik melalui penabungan dalam Simpan SSPN.
Maklumat lanjut berkenaan BMS 2024, layari www.ptptn.gov.my/BMS2024