Paip kumbahan bocor disyaki punca lubang benam di Kompleks Bunga Raya KLIA

Paip kumbahan bocor disyaki punca lubang benam di Kompleks Bunga Raya KLIA

Kementerian Kerja Raya berkata, jalan itu boleh dilalui semua kenderaan, dengan Malaysia Airports Holdings Bhd melaksanakan pelan pengurusan trafik.

Lubang benam sedalam 1m di laluan masuk Kompleks Bunga Raya Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dikesan 10 pagi tadi. (Gambar Facebook)
PUTRAJAYA:
Lubang benam sedalam 1m di laluan masuk Kompleks Bunga Raya Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disyaki berpunca daripada kebocoran paip kumbahan.

Kementerian Kerja Raya dalam hantaran di Facebook memaklumkan lubang mendap itu dikesan 10 pagi tadi.

Katanya, jalan itu boleh dilalui semua kenderaan, dengan pelan pengurusan trafik (TMP) dilaksanakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di kawasan terbabit.

Menurutnya, tindakan diambil termasuk pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pelaksanaan TMP oleh MAHB dan laporan terperinci akan dikeluarkan selepas siasatan selesai.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya dan Roadcare akan memberikan bantuan jika diperlukan MAHB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.