
Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Guangdong, Tang Zhi Nian berkata syarikat Malaysia akan berdepan cabaran besar jika bersaing dengan perusahaan China dalam sektor seperti pembuatan, teknologi, dan tenaga baharu, dengan beberapa bidang mungkin sukar untuk dicapai.
Katanya, syarikat China peneraju dalam bidang-bidang ini terutama sekali kerana pasaran domestik mereka yang besar, selain sokongan kuat daripada kerajaan China untuk membantu syarikat domestik bersaing di peringkat antarabangsa.
Beliau mencadangkan supaya syarikat Malaysia sepatutnya melengkapkan usaha syarikat China yang memperkenalkan inovasi teknologi tinggi dan teknologi canggih. “Ini akhirnya membawa kepada hasil yang saling menguntungkan,” katanya.
Tan juga menggesa syarikat Malaysia memanfaatkan kekuatan negara dalam sumber dengan potensi yang besar, seperti minyak sawit, durian, dan sumber-sumber semula jadi lain.
“Syarikat tempatan harus memanfaatkan kelebihan mereka sendiri, seperti Malaysia sebagai pintu masuk bagi syarikat China untuk menghubungkan pasaran Asean, hubungan budaya yang dikongsi bersama, dan pasaran halal,” katanya kepada FMT.
Beliau juga mencadangkan agar kerjasama strategik dibentuk dengan pegawai dan sektor swasta China untuk menggalakkan pemindahan teknologi dan latihan, serta menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk belajar di China.
Inisiatif Jalur dan Jalan adalah projek infrastruktur raksaksa oleh China yang merangkumi seluruh dunia.