Jakim sahkan minyak masak paket ‘Nice Day’ miliki sijil halal

Jakim sahkan minyak masak paket ‘Nice Day’ miliki sijil halal

Jakim berkata, hasil pemeriksaan di syarikat itu tidak menemui bungkusan minyak masak paket tertera tulisan 'Non Halal'.

nice day
Gambar tular minyak masak paket tertera tulisan ‘Non Halal’ pada pek pembungkusannya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengesahkan minyak masak paket jenama “Nice Day” keluaran Sin Hock Soon Edible Oil Sdn Bhd memiliki sijil halal sejak 16 Mac lalu.

Jakim berkata, ia menerima banyak pertanyaan melalui WhatsApp dan media sosial berhubung status halal produk itu selepas tular gambar minyak masak berkenaan tertera tulisan “Non Halal” pada pek pembungkusannya.

Tetapi, katanya, hasil pemeriksaan Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor di syarikat terletak di Balakong itu tidak menemui bungkusan minyak masak paket tertera tulisan “Non Halal”.

“Situasi tersebut berkemungkinan berlaku akibat salah faham antara pihak pengeluar dengan premis yang menjual produk ketika produk tersebut tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.