Sabari hilang: Wanita warga emas ditahan bantu siasatan

Sabari hilang: Wanita warga emas ditahan bantu siasatan

Polis Kedah mengesahkan seorang wanita berusia 62 tahun ditahan berhubung kes kehilangan seorang pesara sejak 3 Sept lepas.

sabari bahrom
Sabari Baharom, 62, tidak dapat dikesan sejak 3 Sept lepas setelah dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Baling, menaiki Proton Waja miliknya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang wanita warga emas ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes kehilangan pesara Sabari Baharom sejak awal bulan ini, menurut polis.

Ketua Polis Kedah Fisol Salleh berkata, siatasn masih dijalankan dan polis akan mengeluarkan kenyataan jika terdapat perkembangan baharu.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

“Kita ada menahan seorang wanita berusia 62 tahun … kita akan beritahu perkembangan selanjutnya.

“Kita tak nak diviralkan, polis tak ambil tindakan sedangkan tindakan sewajarnya telah diambil,” katanya pada sidang media di Sungai Petani.

Terdahulu dilaporkan, Sabari, 62, tidak dapat dikesan sejak 3 Sept lepas setelah dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Baling, menaiki Proton Waja miliknya.

Kehilangan bekas pegawai kewangan agensi kerajaan itu disedari anggota keluarganya selepas telefon bimbitnya gagal dihubungi.

Beberapa hari selepas beliau hilang, seorang individu dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) melakukan beberapa transaksi pengeluaran wang daripada akaun bank milik lelaki itu.

Pada Jumaat lepas, kenderaan dinaiki Sabari ditemukan hangus terbakar di tapak pembuangan sampah di kawasan Sik, namun beliau tidak kelihatan di tempat kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.