
Ketua Polis Seremban, Mohamad Hatta Che Din, berkata modus operandi sindiket ialah menempah makanan dalam kuantiti besar dengan menyalahgunakan nama agensi kerajaan membabitkan kerugian berjumlah RM90,750.
“Mangsa adalah pemilik perniagaan katering di sekitar Seremban yang hanya berurusan melalui panggilan telefon,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, mangsa dihubungi individu tidak dikenali membuat tempahan makanan dan cenderahati dalam jumlah besar, tetapi selepas persiapan dibuat, semakan dengan agensi terbabit mendapati tempahan tidak wujud.
Justeru, katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599.