
Chow yang juga naib pengerusi DAP kebangsaan melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak 25 tahun lalu.
Sim dipilih selepas pemilihan pada konvensyen DAP negeri itu yang turut menyaksikan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh dilantik sebagai timbalan ketua DAP Pulau Pinang.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying yang sebelum ini disebut-sebut bakal digandingkan dengan Sim sebagai orang nombor dua DAP Pulau Pinang pula mengekalkan kedudukan sebagai setiausaha.
Sementara itu, Exco Pulau Pinang Zairil Khir Johari pula dilantik naib ketua DAP bersama Yeoh Soon Hin.
“Ini adalah barisan pimpinan perpaduan. Kita mesti rapatkan hubungan untuk mengekalkan perjuangan untuk parti,” kata Sim.
Terdahulu, pemilihan itu menyaksikan Ramkarpal menerima undi tertinggi dengan 1,247 undi diikuti Sim (1,237), Yeoh (1,225)m Zairil (1,166), Daniel Gooi (1,133) dan Lay Hock Peng (1,120).
Jason H’ng (1,074), Joshua Woo (1,047), Phee Syn Tze (886), Lim Siew Khim (870), Soon Lip Chee (853), Lim (827), Phee Boon Chee (812), Teh Lai Heng (722) dan RSN Rayer (644).
Sebelum ini, media memetik Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mencadangkan gandingan Sim dan Lim bagi menerajui DAP Pulau Pinang.