
Menterinya Zambry Abdul Kadir berkata, bagi menghormati hak mengundi seperti yang tertakluk dalam perlembagaan, mahasiswa baharu universiti awam itu diberi kelonggaran untuk mendaftar sehingga 29 Sept.
“Ketetapan dibuat hasil perbincangan KPT bersama 12 universiti awam sebagai usaha memberi kemudahan untuk mahasiswa baharu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih wakil rakyat di kawasan berkenaan.
“Pelajar baharu yang terlibat boleh berhubung terus dengan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing dan memaklumkan tentang status mereka sebagai pengundi di PRK Mahkota,” katanya dalam satu kenyataan.
PRK Mahkota pada 28 Sept ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lepas.