
Wan Hibatullah Abu Bakar berkata keluarganya tidak pernah mengetahui majlis disebut oleh timbalan pengarah operasi pilihan raya PAS itu.
“Bila Ini? Saya sebagai anak sulung Dato Sharifah Azizah Syed Zain tak tahu pun,” katanya di Facebook, berserta tangkap layar status Facebook Annuar.
Catatan oleh bekas Ahli Parlimen Ketereh itu menyatakan suatu majlis tahlil khas akan diadakan pada 24 Sept dengan kerjasama keluarga Sharifah Azizah.

Annuar berkata ia antara program disusun PN sepanjang kempen PRK DUN Mahkota bersama pemimpin PN lain bermula 22 Sept.
Dalam pada itu, Wan Hibatullah meminta semua pihak menghormati pemergian ibunya dan tidak menggunakan simpati sebagai bahan kempen politik.
“Sedih macam ni, tolonglah jaga sensitiviti kami sekeluarga,” katanya.
Sharifah Azizah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman pada 2 Ogos lalu.
Susulan itu, PRK Mahkota diadakan pada 28 Sept depan untuk mengisi kekosongan terbabit.