
Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata Pusat Kawalan IPD Sungai Buloh menerima maklumat melalui talian MERS 999 daripada hospital memaklumkan seorang banduan tiada di katilnya dan disyaki melarikan diri.
Menurutnya, banduan itu dikenali A Kalai Kumar, 27, yang memiliki lapan rekod lampau membabitkan empat kesalahan jenayah dan empat kesalahan berkaitan narkotik.
“Polis giat menjejaki dan menangkap banduan itu,” menurutnya dalam kenyataan.
Beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan banduan itu segera melaporkannya kepada IPD Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.