Mayat pengawal keselamatan dalam but kereta

Mayat pengawal keselamatan dalam but kereta

Polis berkata, anggota Unit Kereta Peronda menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam but Proton Saga BLM di tepi Jalan Pasir.

garisan polis
Ketua Polis Sabak Bernam, Robin Guha Thakurta, berkata hasil pemeriksaan forensik IPK Selangor mengesahkan terdapat unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.
PETALING JAYA:
Mayat seorang pengawal keselamatan ditemui dalam but kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam semalam.

Ketua Polis Sabak Bernam, Robin Guha Thakurta, berkata anggota Unit Kereta Peronda (MPV) memaklumkan terjumpa Proton Saga BLM di tepi jalan pada 6.04 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam but kereta.

“Siasatan awal mendapati mangsa 43 tahun itu bekerja di Sabak Bernam,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan forensik IPK Selangor mengesahkan terdapat unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.

Justeru, katanya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta ke balai polis berhampiran atau hubungi IPD Sabak Bernam di talian 03-32242222.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.