
Beliau berkata daripada jumlah itu 50 akan dilantik sebagai duta perpaduan setelah melalui beberapa fasa penilaian.
“Dua ikon perpaduan juga akan dipilih setiap tahun bermula tahun hadapan dan akan diumumkan pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian selepas menutup program ‘Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah’ dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ejen Perpaduan di Universiti Malaysia Siswa (UMS).
Pada misi di UMS kali ini, sebanyak 100 sukarelawan daripada 56 institusi pengajian tinggi menjalankan aktiviti di enam daerah di Sabah.
Sebanyak 229 projek sukarelawan dijalankan yang mampu memberi manfaat kepada 24,000 penduduk tempatan.
Sejak penubuhannya pada 2012 hingga 2023, YSS melahirkan 1,797 pemimpin sukarelawan, 60 misi sukarelawan berimpak tinggi dan lebih 8,000 projek di peringkat komuniti.