Pencemaran bau kimia: Reman pemandu, kelinda lori disambung 6 hari

Pencemaran bau kimia: Reman pemandu, kelinda lori disambung 6 hari

Mereka ditahan 9 Sept lalu susulan pencemaran bau di beberapa kawasan perumahan sekitar Sungai Pandan yang menjejaskan penduduk Kampung Melayu Pandan, Mount Austin, Taman Daya dan Taman Istimewa.

handcuff
Pemandu lori serta kelindan itu sebelum ini direman tujuh hari dan berakhir hari ini.
PETALING JAYA:
Reman pemandu lori dan kelindan bagi membantu siasatan kes pencemaran bau kimia di sekitar Johor Bahru serta Kota Tinggi disambung enam hari mulai hari ini.

Dua lelaki berusia 23 serta 28 tahun itu sebelum ini direman tujuh hari dan berakhir hari ini.

Harian Metro melaporkan perintah lanjutan reman dikeluarkan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah selepas meluluskan permohonan pegawai penyiasat IPD Johor Bahru Selatan.

Dua lelaki itu ditahan 11 malam 9 Sept lalu di sebuah pangsapuri di Johor Bahru untuk siasatan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Mereka ditahan susulan pencemaran bau di beberapa kawasan perumahan sekitar Sungai Pandan sehingga menjejaskan penduduk Kampung Melayu Pandan, Mount Austin, Taman Daya dan Taman Istimewa.

Pihak berkuasa mengesan kehadiran gas ammonia melebihi tahap normal di Sungai Pandan dekat Kampung Melayu Pandan.

Pencemaran bau kemudian dilaporkan di Taman Perindustrian Tropika, Ulu Tiram dan didapati ia bahan sama dengan sisa kimia buangan di kawasan perindustrian Tiong Nam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.