PGA patah cubaan seludup 150,000 rokok

PGA patah cubaan seludup 150,000 rokok

Suspek meninggalkan van bawa muatan rokok selepas menyedari diekori pihak berkuasa.

Komander Briged Tenggara Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pihaknya menemukan rokok putih tidak bercukai bernilai RM180,000. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok melibatkan rampasan bernilai RM180,000 di Kampung Panji, Kota Bharu.

Komander Briged Tenggara Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan dilakukan selepas anggota yang menjalankan rondaan Op Taring Wawasan melihat sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan kira-kira 4 pagi, semalam.

“Pasukan operasi PGA9 kemudiannya mengekori kenderaan tersebut, namun suspek yang menyedari telah memecut laju sebelum memberhentikan kenderaan di tepi jalan di Kampung Panji dan melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan terhadap van jenis Naza menemukan kotak-kotak besar mengandungi 150,000 batang rokok putih tidak bercukai,” katanya menurut Bernama.

Nik Ros Azhan berkata, hasil rampasan diserahkan ke Komtak Taman Bakti dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.