BN, PN bersaing satu lawan satu di Mahkota

BN, PN bersaing satu lawan satu di Mahkota

Kerusi DUN Johor itu akan ditandingi oleh calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dan Mohamad Haizan Jaafar daripada PN.

hussien n haizan
BN mempertaruhkan Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah, manakala PN mencalonkan ahli jawatankuasa Bersatu Kluang Mohamad Haizan Jaafar.
KLUANG:
Usai penamaan calon pagi ini, PRK Mahkota sah akan menjadi gelanggang persaingan sengit satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah mewakili kerajaan perpaduan, manakala PN mencalonkan Mohamad Haizan Jaafar, ahli jawatankuasa Bersatu Kluang.

Calon-calon yang layak bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.

PRK diadakan susulan kematian Adun Umno Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Sharifah menang kerusi itu ketika PRN Johor pada 2022, dengan undian majoriti 5,166 mengalahkan calon Amanah, Taqiuddin Cheman dalam perang empat penjuru yang turut melibatkan calon dari PN serta Warisan.

Menurut daftar pilihan raya, setakat 2 Ogos terdapat seramai 66,318 pengundi layak di Mahkota merangkumi 61,397 pengundi biasa; 4,510 pengundi tentera dan suami isteri masing-masing; 401 pegawai polis; dan 10 pengundi luar negara.

Pengundian awal ditetapkan pada 24 September ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.