Kilang gelatin Pakistan gagal penuhi standard halal pada 2022

Kilang gelatin Pakistan gagal penuhi standard halal pada 2022

Masalah signifikan berkait kebersihan, kawalan pencemaran silang, simpanan rekod dan pematuhan halal direkodkan ketika pemeriksaan oleh pegawai Malaysia.

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melakukan pemeriksaan terhadap pengeksport gelatin Pakistan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Beberapa kilang gelatin di Pakistan yang mengeksport produk ke Malaysia didapati telah melanggar syarat pematuhan halal, susulan pemeriksaan dilakukan pihak berkuasa Malaysia pada 2022.

Laporan pemeriksaan menunjukkan wujud masalah signifikan berkait kebersihan, kawalan pencemaran silang, simpanan rekod, dan pematuhan halal direkodkan ketika pemeriksaan melibatkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Rakaman CCTV di satu kilang menunjukkan ia tidak mengendahkan kebersihan, manakala laporan itu turut menyebut kawasan di mana bahan mentah disimpan sangat kotor dan dibiarkan beberapa hari tanpa dibersihkan.

Dua kilang juga mendapat penilaian negatif kerana kemudahan simpanan mereka, selain pencemaran silang turut dikesan.

Sebuah kilang lagi turut mempunyai masalah signifikan berkait tempat simpanan termasuk kelemahan dari segi pengaturan dan kebersihan, kurang langkah pencegahan pencemaran silang tidak, selain bekalan air tidak konsisten untuk mencuci tangan.

Sementara itu, satu lagi kilang bermasalah dari segi pengaturan penyimpanan serta akses terhadap dokumen penting, selain sistem tidak berkesan untuk memastikan pembekal mematuhi piawaian kualiti diperlukan.

Akibatnya, semua kilang berkenaan tidak diberikan sijil halal kerana mengabaikan piawaian diperlukan secara terang-terangan, yang seterusnya berpotensi menjejaskan integriti produk mereka, menurut laporan berkenaan.

Pakistan adalah sumber utama import gelatin untuk Malaysia dan import berkenaan dilihat meningkat secara signifikan sejak tiga tahun lalu akibat permintaan yang semakin tinggi.

Ketua Pengarah JPV, Akma Ngah Hamid berkata, import menunjukkan peningkatan 41.7%, daripada 295,000kg pada 2020 kepada 1.58 juta kg pada 2023.

Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Regulatori Veterinar JPV, Razli Abdul Razak, berkata audit mendedahkan masalah melibatkan sisa penyamakan di Pakistan.

“Jika ada masalah sisa penyamakan, kami akan menolaknya. Proses kelulusan kami amat ketat,” katanya kepada FMT.

Katanya, syarikat yang melanggar peraturan akan digantung atau dibuang dari senarai lulus, bergantung kepada keseriusan kesalahan dilakukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.