
Dalam kejadian 1.35 pagi itu, nahas itu berlaku apabila seorang rakan setugas mangsa berusia 36 tahun yang tiba dengan satu lagi van berhenti di hadapan kenderaannya.
Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata namun kenderaan dipandu rakan setugas secara mengejut mengundur laju, lalu mengakibatkan van mangsa menggelongsor ke belakang dan menghimpit mangsa.
“Selepas pelanggaran berlaku, pemandu van yang melanggar bertindak melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Abang Zainal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu melulu atau membahayakan.
Jsuteru, Polis IPD Ipoh meminta saksi menyaksikan kemalangan menghubungi pegawai penyiasat kes, Edwin Tang Shiew Song di talian 016-5506863 atau tampil ke balai polis berhampiran.