Amang seksual pelanggan bawah umur, tukang urut dipenjara 5 tahun

Amang seksual pelanggan bawah umur, tukang urut dipenjara 5 tahun

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun 10 bulan di sebuah pondok di Dungun pada 21 Feb 2023.

Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Ishak Abdul Rahman, 57, bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelanggannya. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap seorang tukang urut atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelanggan bawah umurnya.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Ishak Abdul Rahman, 57, bersalah terhadap pertuduhan terbabit.

Harian Metro melaporkan lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan yang ketika kejadian berusia 16 tahun 10 bulan di sebuah pondok di Dungun pada 8.45 malam 21 Feb 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula tarikh sabitan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.