Polis serbu 20 rumah amal, 400 budak dipercayai mangsa eksploitasi diselamat

Polis serbu 20 rumah amal, 400 budak dipercayai mangsa eksploitasi diselamat

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata dalam serbuan pada 6 hingga 11 pagi tadi seramai 171 individu ditahan.

Terdahulu, media melaporkan polis menyerbu beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan sebuah syarikat. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seramai 402 kanak-kanak berusia setahun hingga 17 tahun dipercayai mangsa eksploitasi diselamatkan selepas polis menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata dalam serbuan pada 6 hingga 11 pagi tadi seramai 171 individu ditahan.

“Kanak-kanak yang kita selamatkan ini kita akan saring pemeriksaan kesihatan, kita akan buat dokumentasi dan akan dilaksanakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media di IPK Pahang.

Terdahulu, media melaporkan polis menyerbu beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan sebuah syarikat.

Serbuan Op Global itu dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kimia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.