
Ketua Pemuda Bersatu berkata, langkah itu juga akan dilakukan beberapa lagi pemimpin sayap parti sudah melebihi umur 35 tahun dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat.
“Saya akan naik ke takuk satu lagi MPT Bersatu, saya akan bertanding di situ, bersama rakan-rakan lain, kami dah habis umur.
“Kita juga akan ‘endorse’ kepimpinan Pemuda yang dah jadi YB ke peringkat lebih tinggi, kita akan bantu dalam pemilihan parti,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Perikatan Nasional di Publika.
Sehubungan itu, Pemuda Bersatu dalam mesyuarat bersama Presiden Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Ronald Kiandee turut bersetuju Zahin Zainal bertanding sebagai ketua Pemuda, manakala Faiz Rahman calon naib ketua Pemuda.
Sementara itu, Wan Fayhsal mengalu-alukan kehadiran Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Annuar Musa berkempen di PRK Mahkota, susulan kenyataannya sebelum ini yang Barisan Nasional (BN) mampu menambah sehingga 30,000 undi berbanding calon PN.
“Boleh…kita tak halang beliau berkempen, beliau penceramah yang baik dan kenal lenggok tabiat pengundi Umno dan BN,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Wan Fayhsal tidak gembira dengan terma ditetapkan memorandum persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang.
Bagaimanapun, beliau diberikan arahan tidak mengulas lanjut kerana ia akan diumumkan setiausaha agung Bersatu yang juga Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.