Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman rumah

Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman rumah

Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia kira-kira tiga hari, dengan mayatnya dalam keadaan sudah menggelembung, kata polis.

Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat lelaki dengan kesan terbakar di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau, kira-kira 6.30 petang tadi. (Gambar PDRM Arau)
PETALING JAYA:
Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau petang tadi.

Ketua Polis Arau Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki yang identitinya sedang dikenal pasti itu daripada orang awam pada 6.33 petang.

Menurutnya, lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia kira-kira tiga hari itu ditemukan oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

“Mayat dijumpai dalam keadaan terlentang dan terbakar serta mula menggelembung,” katanya, lapor Bernama.

Ahmad Mohsin berkata, tiada sebarang kesan pergelutan pada tubuh mayat itu dan tiada unsur jenayah dikesan.

Katanya, lelaki itu dipercayai seorang pemotong rumput upahan dan disyaki maut akibat disambar api daripada sebuah mesin rumput.

Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat yang akan dijalankan esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.