Rogol adik ipar, pemotong rumput dipenjara 42 tahun, 30 sebatan

Rogol adik ipar, pemotong rumput dipenjara 42 tahun, 30 sebatan

Bapa kepada dua anak itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun di sebuah rumah di Marang sekali pada Februari dan dua kali pada Julai 2021.

Gavel
Hakim ketika menjatuhkan hukuman berkata, tertuduh wajar dikenakan hukuman berat dan setimpal kerana kesalahan itu serius, selain hubungan kekeluargaan tertuduh dengan mangsa. (Gambar Pexels)
KUALA TERENGGANU:
Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 42 tahun dan 30 sebatan terhadap seorang pemotong rumput selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol adik iparnya tiga tahun lepas.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki 39 tahun pada akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun di sebuah rumah di Marang sekali pada Februari dan dua kali pada Julai 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun hingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim berkata, tertuduh wajar dikenakan hukuman berat dan setimpal kerana kesalahan itu serius, selain hubungan kekeluargaan tertuduh dengan mangsa.

Beliau memerintahkan tertuduh dikenakan 14 tahun penjara dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dengan hukuman bagi pertuduhan pertama bermula tarikh sabitan, manakala hukuman bagi tuduhan kedua dan ketiga berjalan serentak selepas pemenjaraan bagi hukuman pertama selesai.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab Latif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.