
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perwakilan juga akan mengetengahkan isu ekonomi, kos sara hidup serta sensitiviti masyarakat Islam.
“Kita terbuka termasuk untuk beri pandangan kepada pimpinan, tetapi saya jangka beberapa perkara akan menjadi isu utama dan kita akan dengar daripada perwakilan,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS di Jerantut.
Perhimpunan agung PAS itu akan diadakan di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh hingga 15 Sept, lapor Bernama.
Mengenai SG4, Tuan Ibrahim berkata, usaha itu merupakan mekanisme bagi mendukung gagasan kerajaan persekutuan, selain menyelaras projek pelaburan di negeri-negeri terbabit.
Sebelum ini, media melaporkan Ketua Panel Penasihat SG4 Dr Mahathir Mohamad berkata, empat kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu menubuhkan sebuah syarikat bagi membolehkan hasilnya diagihkan secara saksama.