Paralimpik Paris: Bonnie raih emas, pecah rekod dunia

Paralimpik Paris: Bonnie raih emas, pecah rekod dunia

Atlet berusia 25 tahun berasal dari Sarawak itu menyumbangkan emas kedua untuk kontinjen negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.

Bonnie Bunyau Gustin menguasai kategori 72 kilogram (kg) setelah berjaya melakukan angkatan 232kg sekali gus memecahkan rekod dunia diciptanya sendiri. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Atlet powerlifting paralimpik negara Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan apabila merangkul pingat emas kedua negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024, hari ini.

Atlet berusia 25 tahun berasal dari Sarawak itu menguasai kategori 72 kilogram (kg) setelah berjaya melakukan angkatan 232kg pada angkat ketiga sekali gus memadam rekod dunia diciptanya sebelum ini iaitu 231kg, lapor Buletin TV3.

Hu Peng dari China meraih pingat perak manakala gangsa dimenangi wakil Itali Donato Telesca.

Kejayaan itu menyaksikan mengumpul dua pingat emas di pentas Sukan Paralimpik selepas kali pertama pada edisi Tokyo 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.