Kerjasama Rusia, China dan India beri manfaat ekonomi, kata PM

Kerjasama Rusia, China dan India beri manfaat ekonomi, kata PM

Anwar Ibrahim berkata Malaysia turut mendapat manfaat menerusi kerjasama dengan Amerika Syarikat dan Eropah terutama Jerman.

anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada sesi pleno sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 di Kampus Far Eastern Federal University (FEFU) semalam. (Gambar Bernama)
MOSCOW:
Kerjasama dengan Rusia, China dan India akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam wawancara bersama RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.

“Isu pemusatan dan penglibatan dengan Amerika Syarikat yang masih merupakan pemain utama dari segi pelaburan dan perdagangan dengan Malaysia.

“…dengan Eropah terutamanya Jerman dan lebih-lebih lagi sekarang dengan China, India dan Rusia, ini akan memberi manfaat kepada kita,” kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur (EEF).

Forum Ekonomi Timur bermula pada Selasa hingga 6 Sept di kampus Universiti Persekutuan Timur Jauh di Vladivostok.

Sputnik ialah rakan media rasmi forum itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.