
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata sebelum ini, beberapa individu sudah ditahan berhubung kes terbabit dan dibebaskan dengan jaminan selain beberapa saksi lain dipanggil untuk memberi keterangan, bagi membantu siasatan.
“Kita telah menghantar kertas siasatan sebelum ini namun dikembalikan, kini kami dalam proses melengkapkan siasatan untuk penambahan beberapa perkara sebelum diserahkan semula kepada timbalan pendakwa raya, untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui.
Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan kerana merusuh.
Media hari ini melaporkan seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan, mendakwa cedera selepas diserang seorang kerabat diraja dan beberapa individu menggunakan senjata.
Akibat serangan itu, lelaki terbabit dilaporkan cedera di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.