
Nancy berkata beliau mengarahkan pegawai dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak membuat laporan polis segera, dan menambah kementerian itu sedia bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak IPK Johor.
“Kelakuan ini tidak boleh diterima dan tak patut dinormalisasi.
“Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah melanggar hak dan privasi kanak-kanak itu di bawah Akta Kanak-Kanak,” katanya dalam satu hantaran di X.
Dalam satu video milik pemandu bas sekolah yang mempunyai lebih 640,000 pengikut di TikTok, lelaki memuat naik satu video yang merujuk seorang pelajar perempuan sebagai ‘crush’ atau kekasihnya.
Pemandu bas itu juga sering merakam video ketika sedang memandu dengan memaparkan dengan jelas wajah pelajar dalam kenderaan itu.
Video-video itu setakat ini sudah mempunyai sebanyak 10.5 juta tanda suka atau ‘like’.