
Sumber berkata, suspek wanita berusia sekitar 40-an itu ditahan kira-kira 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya
Katanya, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan wanita itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 10 Sept ini.
“Siasatan awal mendapati suspek yang bertugas di sebuah sekolah di Lembah Klang disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2021 hingga 2022.
“Suspek dipercayai menggunakan jawatannya bagi membantu mendapatkan kerja-kerja pembekalan barang keperluan logistik sekolah daripada syarikat milik suaminya berjumlah kira-kira RM270,000,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 23 Akta SPRM 2009.