Bersatu wakili PN tanding PRK Mahkota

Bersatu wakili PN tanding PRK Mahkota

Keputusan itu dibuat PN memandangkan kerusi itu sebelum ini milik parti komponennya itu, kata Takiyuddin Hassan.

PN membuat keputusan Bersatu akan bertanding mewakilinya pada PRK Mahkota 28 Sept ini.
PETALING JAYA:
Bersatu akan bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRK Mahkota 28 Sept ini, kata Takiyuddin Hassan.

Setiausaha agung PAS itu berkata, keputusan itu dibuat PN memandangkan kerusi itu sebelum ini milik parti komponennya itu.

Calon akan diumumkan seminggu sebelum hari penamaan calon, tambahnya.

“PN akan mengikut parti mana yang bertanding di kerusi berkenaan sebelum ini sebagaimana yang kita lakukan di DUN Nenggiri dan Sungai Bakap.

“Justeru, PN setuju Bersatu mengemukakan calon di kerusi berkenaan mewakili PN. Siapa calonnya, tunggu mesyuarat PN dahulu, katanya pada sidang media di Kota Bharu malam tadi, lapor Berita Harian.

Beliau turut memaklumkan, Azmin Ali telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Bersatu bagi PRK itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Mahkota diadakan pada 28 Sept, dengan penamaan calon pada 14 Sept dan pengundian awal pada 24 Sept.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian Adun Umno Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.