
Mengakui kepentingan syarikat swasta mencatatkan keuntungan, beliau berkata harus ada iltizam daripada pihak pengurusan untuk menjamin keselesaan pekerja.
“Ya, semua syarikat harus mencatatkan keuntungan, tetapi ibarat kata seorang pemimpin Indonesia Mohammad Natsir, ‘janganlah sambil membangunkan gedung, mencatatkan keuntungan, tetapi kita robohkan nilai kehidupan anak-anak bangsa yang bekerja’.
“Biarlah ada sedikit kefahaman tentang apa nilai kemanusiaan dan apa nilai keadilan, ini melangkaui tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh Khazanah,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-30 Khazanah Nasional.
Anwar berkata langkah Khazanah itu selaras pengumumannya baru-baru ini mengenai pelarasan gaji penjawat awam untuk menerima pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM2,000.