Nahas akibat asap sampah, 2 maut di Kota Bharu

Nahas akibat asap sampah, 2 maut di Kota Bharu

Nahas mengorbankan warga emas selepas motosikal ditunggang bertembung motosikal lain yang cuba mengelap asap tebal itu.

garisan kuning
Dua penunggang maut di lokasi kejadian dalam nahas dekat Kampung Kota, Kota Bharu.
PETALING JAYA:
Dua penunggang maut selepas motosikal dinaiki bertembung dipercayai mengelak asap tebal dari pembakaran sampah, dalam kejadian di Jalan Pendek, dekat Kampung Kota, Kota Bharu.

Dalam nahas pada 5.45 petang itu, Muhammad Shafiq Mat Dam, 28, dan Ismail Awang berusia lingkungan 70-an, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Saksi kejadian dikenali sebagai Nor, 59, berkata kejadian berlaku ketika Ismail dalam perjalanan pulang selepas membeli roti di sebuah kedai.

Katanya, motosikal ditunggang warga emas itu kemudian dilihat bertembung dengan Shafiq, dari arah bertentangan.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu terus menghubungi polis selepas melihat kedua-dua dalam keadaan berlumuran darah,” katanya kepada Kosmo.

Difahamkan, kemalangan berlaku selepas Shafiq mengelak asap tebal hasil pembakaran sampah berhampiran rumah penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud, mengesahkan menerima laporan berhubung nahas itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.