
Ketua Polis Perak, Azizi Mat Aris, berkata tangkapan pada 5.30 pagi Jumaat itu berdasarkan maklumat orang ramai berhubung kecurian kabel talian Telekom Malaysia di kampung berkenaan.
“Saringan ujian air kencing semua suspek didapati positif methamphetamine,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, empat keratan kabel Telekom Malaysia sudah dipotong dan sebuah Proton Saga FLX serta peralatan disyaki digunakan untuk memotong kabel turut dirampas.
Menurutnya, empat suspek berusia 26 hingga 45 tahun itu direman empat hari hingga 2 Sept ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.