2 disyaki pengedar ditahan, polis rampas syabu RM44,000

2 disyaki pengedar ditahan, polis rampas syabu RM44,000

Suspek warga tempatan yang masing-masing berusia 30 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis di Road Check Point (RCP) Sapi Nangoh, Beluran malam tadi.

handcuff
Polis masih mengesan rangkaian pengedaran dadah terbabit dan kedua-dua suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Ketua Polis Beluran Hasan Majid.
PETALING JAYA:
Polis menahan dua lelaki disyaki pengedar dadah bersama 400 gram dadah jenis syabu bernilai RM44,000 dalam Ops Tapis di Road Check Point (RCP) Sapi Nangoh, Beluran malam tadi.

Suspek warga tempatan yang masing-masing berusia 30 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Beluran bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Kompeni A, Batalion 20 Beluran pada 11.30 malam.

Ketua Polis Beluran, Hasan Majid, berkata sebelum ini anggota bertugas menahan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback warna biru yang dinaiki dua lelaki.

Menurutnya, anggota terbabit kemudiannya menemukan satu bungkusan plastik berwarna merah jambu dalam kenderaan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut di dalam plastik itu menemui satu balutan plastik warna hitam.

“Selepas dibuka balutan itu menemui lapan bungkusan plastik lut sinar.

“Setiap satu bungkusan itu berisi dadah jenis syabu. Jumlah anggaran berat kasar dadah terbabit adalah seberat 400 gram dengan nilai RM44,000,” katanya ketika dihubungi hari ini, menurut Harian Metro.

Hassan berkata pihaknya masih mengesan rangkaian pengedaran dadah itu untuk siasatan lanjut.

“Kedua suspek kini ditahan dan barang kes dirampas untuk siasatan lanjut.

“Semakan rekod jenayah mendapati mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Kedua-dua suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.